Wednesday, December 31, 2008

Hormat Diri Tinggi

Dalam artikel lalu, saya menerangkan Hormat Diri Tinggi dan maksud Had Diri Rendah. Orang yang memiliki Hormat Diri Tinggi biasanya ada ciri-ciri berikut…

  • Yakin dalam mempengaruhi orang lain. Anda selesa bergaul dengan sesiapa saja, bahkan bijak menyesuaikan diri mengikut keadaan.
  • Membuat keputusan yang betul, sesuai dengan matlamat yang Anda impi-impikan.
  • Ada rasa bertanggungjawab, menerima, mengambil tanggungjawab lalu melaksanakannya dengan cukup baik, cukup bagussss sekali.
  • Jika ditimpa kegagalan, menerima kegagalan tanpa mengkritik diri. Maksudnya, menerima gagal sebagai salah satu kesilapan, sebagai tanda untuk usaha lagi dengan teknik yang lebih bijak, semangat yang lebih power.
  • Anda mampu menguasai emosi, bijak mengawal emosi mengikut situasi, suasana dan dalam apa jua keadaan.
  • Bangga dengan setiap satu pencapaian Anda, tanpa perlu risau cakapan-cakapan buruk yang akan dilemparkan pada Anda.
  • Anda sukakan cabaran, walaupun Anda tak cakap. Anda hadapinya dengan penuh minat kerana yakin ada keseronokan di dalamnya.

Bagaimana nak membina ciri-ciri Hormat Diri Tinggi dalam diri Anda?

Serap ciri-ciri di atas menjadi sikap Anda, lakukannya dengan penuh konsisten agar menjadi terbiasa. Rujuk selalu pada senarai tu supaya tak lupa.

No comments:

Post a Comment