Monday, December 29, 2008

TAKUT........

Bagaimana untuk mengawal rasa takut?

Anda boleh mendepani rasa takut bila Anda faham sumber ketakutan itu.

Sebagai contoh, jika Anda takut berdepan kegagalan mendapat kerja tetap, hadapi ia dengan berani berusaha mencari kerja tetap walau payah cemanapun usaha mencari kerja tu.

Jika Anda takut gagal dalam peperiksaan, beranikan diri dengan belajar sungguh-sungguh kemudian menghadiri peperiksaan dengan penuh keberanian, seolah-seolah apa jua yang terjadi, Anda berani menghadapi.

Dalam kehidupan sebenar, takut muncul dalam pelbagai bentuk. Misalnya, takut dikritik, takut buat silap, takut dikomen, takut kehilangan kekasih, takut pasangan Anda curang dan bermacam lagi rupa takut.

Setiap kali Anda dikuasai takut, sedari hakikat bahawa Anda akan hilang kawalan diri Anda, emosi Anda dan tindakan Anda. Kesannya, Anda dikelilingi fikiran-fikiran buruk, yang bukan-bukan tentang masa depan Anda dan tentang apa jua yang mungkin terjadi (biasanya yang buruk-buruk juga).

Semua ini menjadikan Anda kurang cemerlang. Akibatnya, Anda sendiri yang menjadi penyebab mengapa Anda susah nak berubah, terutama bila Anda berniat nak mengubah sikap atau nak membuang perangai tertentu.

Jika Anda melihat orang yang suka berfikir bukan-bukan atau takut yang bukan-bukan, biasanya dia kurang cemerlang dalam kerjaya dan kehidupannya. Takut benda yang tak jadi, sebenarnya boleh dikawal kerana apa yang ditakutkan itu tak semestinya terjadi. Ia hanya wujud di fikiran.