Tuesday, December 30, 2008

Buruan trofi tiga penjuru: Fergie




Hanya Chelsea, Liverpool ancam United pertahan mahkota EPL

MANCHESTER: Sir Alex Ferguson menegaskan buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan menjadi saingan tiga hala membabitkan Manchester United, Liverpool dan Chelsea sambil mengetepikan sebarang peluang bagi Arsenal pimpinan Arsene Wenger.

Kata-kata daripada pengendali itu terbit selepas jaringan tunggal penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov pada babak kedua mengesahkan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Middlesbrough di Old Trafford, awal pagi semalam.

Gol ketiga bagi Berbatov dalam liga mewakili United itu serta rekod tanpa kalah kepada tujuh perlawanan berturut-turut kini mendekatkan juara liga itu kepada tujuh mata di belakang pendahulu, Liverpool dengan dua perlawanan dalam tangan.

United bergelut untuk mengatasi barisan pimpinan Gareth Southgate untuk satu tempoh lama dalam perlawanan itu tetapi dengan tiga mata berjaya dikutip Ferguson meramalkan saingan sengit bagi memburu gelaran pada 2009.

"Ia akan menjelmakan satu saingan paling hebat dan mereka untuk tontonan.

Tetapi saya tidak mahu berkata Liverpool tampak lebih mengancam daripada Chelsea ketika ini,” katanya.

"Chelsea juga pasukan yang hebat tetapi apa yang penting adalah pemain saya melaksanakan tugasan masing-masing dan kami sentiasa berjaya melakukannya.

“Keputusan penting akan menyusul April ini kerana pasukan seperti Chelsea dan Liverpool mengutip tambahan mata dan di hadapan kami. Kami perlu mendapat mata lagi untuk memberi gambaran kami dapat menyaingi mereka.

“Kami berada di posisi baik ketika ini menjelang tahun baru dan masih ada dua perlawanan dalam tangan - menentang Wigan dan Fulham di tempat sendiri."

Apapun Ferguson tetap menyuarakan rasa kurang puas hati dengan persembahan pasukan ketika menentang Middlesbrough kerana mensia-siakan banyak peluang jaringan dan bimbang ia akan memberi kesan kepada perlawanan berikut.

"Tiga mata adalah sasaran dalam perlawanan.

Tetapi anda harus memuji corak permainan Middlesbrough, Meereka memaksa kami beekerja keras. Kami juga melepaskan peluang jaringan dan jika terus gagal mengaut kesempatan seperti ini kita mungkin berdepan masalah.”



No comments:

Post a Comment